WARNING!!! Kesalahan POPULAR Ramadhan

Bulan Ramadhan yang Mulia ini bulan yang baik antara semua bulan..Berebut-berebut la orang untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini..Tetapi kita tidak sedar ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan..Beringat la bahawa sabda Baginda " Celaka lah orang yang melalui Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan dari Allah"..



1 Tidak sahur.

puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2 Sahur terlalu awal 

Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 

3 Terlebih tidur 




- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4 Berbuka secara buffet sampai buncit

ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! Orang bertadarus die tidur terus..

5 Membazar hingga membazir



lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6 Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan

bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7 Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 

-Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu.

8 Puasa tapi tak solat



 pahala puasa pending , sebab tak solat.

9 Sibuk beribadah, lupa cari ilmu

bulan Ramadaan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10 Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan

ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!
Ikhlas Lillahi Ta'ala.

credit  http://blogrealitys.blogspot.com/2013/07/warning-kesalahan-popular-ramadhan.html#sthash.IyMSSaFO.dpuf

No comments:

Design By Mailey Jayley